Alah Bisa Tegal Biasa

Assalamualaikum and selamat malam! (jam laptop menunjukkan pukul 10:29PM)

Entri ni aku tulis... lepas aku puas terbongkang kepenatan atas katil. Sumpah, aku rasa terokxx penat dia.

Tahun last ni a.k.a senior year, lepas je mid-term, sekolah aku buat Hari Sukan. Engko bayangkan dia punya last minute cemana???? Mid-term habis hari Selasa (19/5) tapi hari Rabu (20/5) baru begitau, itu pun tanya. kalau tak tanya? Maka tak tahu la jawapannya. hari Khamis (21/5) raptai dan, Hari Sabtu (16/5) dah Hari Sukan.

WHattt....the....FakruddiN????

So, kitorg just ada masa hari Jumaat je nak berlatih kawad. Jangan risau, kitorang bermakna semua ye kawan kawan :) semua unit beruniform bersamaan dengan rumah sukan :)

Aku cakap gini sbb nak berfikiran postif je ni. dan semestinyalah aku frust sbb aku ketua komander!!!!!!

paleotak diaa...................

punya payah cari orang minta join kawad. Payah dia tu mcm, nak suruh mak mak datin mop lantai. Kemain alasan dia ada yang takde transport la, sakit itu ini, takde baju laa.... oi sekolah aku ni cukup baik la sia siap sponsor baju sekali. haa kau nak apa? tinggal kawad je. tu pun penyeksaan hanyalah sementara sebab latihan hanya satu hari.

Peluh aku, tak dapat bayangkan. Baju yang aku pakai kalau diperah mau penuh satu baldi? eh tak, dua baldi ah. tambah sikit.

yang aku cerita tu masa hari Rabu haritu, masa cari orang kawad. Dikira aku bukan last minute la, sebab....... unit beruniform and rumah sukan lain tu baru cari orang kawad hari Khamis!!!! Bayangkan last minute, KELAM KABUT!

ditambahkan pula dengan urusan baju lengkap puteri islam..... satu satu kena lipat baju, seluar tudung. dari saiz XL hinggalah siaz S. thanks yang tolong; Nisa and Apip.

Okay, hari Khamis pula. TADI, kat sekolah.

Raptai. sebelum raptai, aku dah suruh pengerusi puteri islam panggil bebudak yang kena paksa kawad. ce teka siapa ramai masuk kawad? form 5 awak, form 5 :')

Disini saya selitkan sikit ye, sorry lah aku paksa ajk form 5 semua masuk kawad. kejam tak kejam? tak rasanya. Apalah guna markah koko ye kan kalau diri sendiri tak berguna? Haaaa, so aku wajibkan kawad untuk ajk hehe sorry.

So sebelum raptai baaaaaaaru lah start kawad. practice kawad. and aku percaya, unit beruniform lain semua belum practice kawad (sedapkan lagi hati)

Okay, raptai bermula pukul 8. As a ketua komander (aku), pemegang sepanduk(yaya) dan pemegang bendera(opie) je yang wajib raptai. yang lain tak terlibat. Kau bayangkan dia punya raptai cemana??? BERKAKI AYAM sebab padang berlecak. Uwaaaaaaa. Terpaksa aku relakan.

Lepastu, kena uruskan pula baju...................
Dan juga bendera puteri islam yang hilang................

Thanks juga pada Hafizah yang tolong angkatkan barang.

Yang tak bestnya, aku tengah busy busy, classmates aku semua (tak semua sbb ada je yg tidur/buat kerja sendiri) bersuka ria bermain TOD (Truth or Dare) tak dapat nak join :( sobs.

Apip siap tanya aku, kenapa awak kena buat semua ni? padahal awak ketua komander, kerja awak komand orang kawad je. cari orang kawad, uruskan baju semua ni bukan kerja awak. Entah mengapa diriku hanya mampu tersenyum tambahan pula, aku backup diorang. Entah laaaa, mungkin Allah nak aku tanam sifat tanggungjawab dan amanah menjalankan tugas yang cikgu suruh.

pastu dah ulang alik, (siap suruh Hanin teman aku pergi kantin amik air free haha), aku dan Hanin pulanglah ke kelas. Tak bestnya bila ada cikgu masuk. Cikgu Anim, emmmmmm confirm ah bagi paper an. Tak bestnya....... sebab dah la aku tak suka physics, then dapatlah result paper 1 & 3. Sungguh tidak memuaskan hati aku langsuuuung! penat lelah, tambah lagi dengan result, terus hilang mood aku. serious :(

lepastu pulaaaa, 12:40 terus ada meeting AJKT pengawas. Ya Allah..... cikgu bagi tugas pula.
Pada aku, tugas pengawas yang aku buat tak membebankan. Aku try tak nak anggap benda ni memenatkan, sebab tugas. Udah namanya tugas kok ngapaiin mau ngeluh? so, aku anggap setiap tugas aku buat, niat kerana Allah, insyaAllah dapat pahala. InsyaAllah berkat hidup aku, Aamiin.

Dah habiss tup tup tup tup, lepas solat, semua balik. kecuali ahli kawad puteri islam, ye termasuk aku sbb aku kena komand. Pada aku la kan, aku lebih suka jadi ahli kawad daripada komand org sangat sbb nanti rasa janggal kawad sensorang kat depan sekali :(

Rushing dia tu, words can't describe.
Janji pukul 2, diorang datangnya 2.30. Balik pukul 3. So dapatlah kawad sikit sikit, takpelah asal dapat kawad daripada tak dapat :'> tu pun bukan balik 3, tapi 3.15. Kesian abah yang dah tunggu aku dari pukul 2 lebih. kena bebel kot gua, hahaha. aku apalagi? sorry baaah.... pastu sengih mcm kerang busuk. haa sesuai lah tu dengan baju bau busuk.

Lepastu pula rushing balik rumah tukar baju aku yang bacin gila ni, terus bergegas pergi tuisyen. Nasib baik mama belikan nasi lemak bungkus untuk aku.

Mood gua time tu mmg '''fak''' kata orang ganas. istilah lembut sikit mood swwwwwinnngggggg~
orang tanya aku, baru nak tanya, aku terus APAAAAAA????? +kening kerut beribu hahaha

Meh aku cakap. aku tak serupa manusia rasanya. Kalau letak mak gian sebelah aku, mak gian lagi cantik rasanya. aku rasa dari kat sekolah tadi aku mcm ni.

Masa kat tuisyen tadi pun, Mr Lim bagi rehat kejap aku cecepat makan nasi lemak. Lapaqqqqqq nak MampOOOOOs! dalam masa 5 minit, aku dah habiskan nasi lemak. terror tak aku? sampai tudung kena sambal kot. Kan aku dah cakap, aku tak serupa manusia. Nasib baik la kan, Liew Min kat sebelah aku tu still mengaku aku kawan. hahaha.

balik rumah, aku terbongkang. sumpah penat rasa dia. first time kot aku buat kerja banyak NON-STOP. selalunya kalau aku buat kerja banyak pun, atleast ada lah stop sikit. :')

Alhamdulillah Allah Bagi Cuti, so aku tidur sampai 8 lebih malam hahahaha! bangun je confirm ah terus pening pening...

Esok pula, ada latihan kawad. aku tetapkan pukul 9, sebab aku tahu kalau awal pagi pukul 8 pun, diorang akan datang lambat. aku tahu la, aku tahun lepas duduk asrama kot, Aspura tu bangun lebih awal dari Aspuri hahahaha.

Ini sahaja lah entri saya. Aku harap penat aku berbaloi. InsyaAllah.
Assalamualaikum.









Popular posts from this blog

DISSAPOINTMENT

S

OCTOBER